Bab 1 : Pengenalan Kepada Sains
Tajuk Kecil: Apakah itu sains?
Sains ialah suatu ilmu pengetahuan hasil daripada kajian yang sistematik tentang segala benda dan kejadian dalam alam sekitar.
Fenomena semula jadi
Tumbesaran manusia
Pembentukan embun pada waktu pagi
Pembentukan pelangi
Pencairan ais
Kepentingan Sains dalam kehidupan harian
Perubatan
Perindustrian
Pengangkutan
Pertanian
Teknologi maklumat dan komunikasi
Kerjaya dalam sains
Terdapat pelbagai cabang ilmu sains.Oleh itu, banyak kerjaya profesional yang berkaitan dengan sains yang boleh diceburi murid-murid.
Doktor
Jurutera
Ahli farmasi
Angkasawan
Guru sains
Saintis alam sekitar
Ahli meteorologi
Ahli geologi
Penyiasatan saintifik
Ahli-ahli sains menjalankan kaedah penyiasatan saintifik untuk memperoleh jawapan mengenai sesuatu fenomena semula jadi.
Langkah - langkah
Langkah 1 : Mengenalpasti masalah
Langkah 2 : Membuat hipotesis
Hipotesis ialah sesuatu pendapat yang dianggap benar sebagai alasan walaupun kebenarannya masih belum dibuktikan.
Langkah 3 : Merancang eksperimen
Pemboleh ubah dimanipulasi:
* Keadaan yang sengaja diubah untuk melihat kesannya.
Pemboleh ubah bergerak balas:
* Keadaan yang berubah sebagai gerak balas akibat perubahan pemboleh ubah yang dimanipulasi
Pemboleh ubah dimalarkan
* Keadaan yang mesti ditetapkan sepanjang penyiasatan
Langkah 4 : Menjalankan eksperimen
Langkah 5 : Mengumpulkan data
Langkah 6 : Menganalisis dan mentafsir data
Langkah 7 : Membuat kesimpulan
Langkah 8 : Menulis laporan