Wednesday 23 October 2013

Science (Tingkatan 1)

Bab 1 : Pengenalan Kepada Sains
Tajuk Kecil: Apakah itu sains?

Sains ialah suatu ilmu pengetahuan hasil daripada kajian yang sistematik tentang segala benda dan kejadian dalam alam sekitar.

Fenomena semula jadi 

  Tumbesaran manusia

 Pembentukan embun pada waktu pagi

  Pembentukan pelangi

 Pencairan ais

Kepentingan Sains dalam kehidupan harian

 Perubatan

 Perindustrian

 Pengangkutan

 Pertanian

  Teknologi maklumat dan komunikasi

Kerjaya dalam sains

Terdapat pelbagai cabang ilmu sains.Oleh itu, banyak kerjaya profesional yang berkaitan dengan sains yang boleh diceburi murid-murid.

  Doktor

 Jurutera

 Ahli farmasi

 Angkasawan

 Guru sains

 Saintis alam sekitar

 Ahli meteorologi
 Ahli geologi

Penyiasatan saintifik 

Ahli-ahli sains menjalankan kaedah penyiasatan saintifik  untuk memperoleh jawapan mengenai sesuatu fenomena semula jadi.

Langkah - langkah 

Langkah 1 : Mengenalpasti masalah
Langkah 2 : Membuat hipotesis
                  Hipotesis ialah sesuatu pendapat yang dianggap benar sebagai alasan walaupun                                   kebenarannya masih belum dibuktikan.
Langkah 3 : Merancang eksperimen
                  Pemboleh ubah dimanipulasi:
                 * Keadaan yang sengaja diubah untuk melihat kesannya.
                  Pemboleh ubah bergerak balas:
                 * Keadaan yang berubah sebagai gerak balas akibat perubahan pemboleh ubah yang                              dimanipulasi 
                 Pemboleh ubah dimalarkan
                 * Keadaan yang mesti ditetapkan sepanjang penyiasatan
Langkah 4 : Menjalankan eksperimen
Langkah 5 : Mengumpulkan data
Langkah 6 : Menganalisis dan mentafsir data
Langkah 7 : Membuat kesimpulan
Langkah 8 : Menulis laporan